Selamat Datang ke blog KRT BTK.Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Sunday, 16 December 2012

Laporan Mesyuarat Kali Ke-2 Hari Keluarga BTK 2012

Pada 24hb September 2012 bertempat di Surau Ar Raihan BTK, KRTBTK telah mengadakan mesyuarat kali kedua bagi membentangkan cadangan dan pandangan berkenaan program Hari Keluarga yang telah dipersetujui oleh semua AJK KRTBTK. Antara yang dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut adalah pembukaan kaunter pendaftaran bagi mengemaskini rekod anak-anak yatim, ibu berdikari dan warga emas. Sasaran program Hari Keluarga yang diadakan pada 21hb Oktober ini adalah untuk masyarakat penduduk berbilang bangsa dan agama BTK. Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan program tersebut. 

 Pengerusi KRTBTK Tn Hj Mohd Sahir mempengerusikan mesyuarat KRTBTK kali ke 14


Acara untuk kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak turut diperincikan supaya penglibatan pelbagai peringkat umur dapat dilakukan. Antara sukaneka yang dicadangkan termasuklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan mencari harta karun untuk acara keluarga, pertandingan tarik tali untuk kategori lelaki dan pertandingan menganyam ketupat dan hiasan bunga untuk wanita. 


Antara AJK yang hadir  

Kos penyelenggaraan program dibincangkan dan surat-surat kepada pihak-pihak tertentu disediakan bagi melancarkan perlaksanaan program yang bakal menjelang.


Pengerusi & AJK Surau Al-Hidayah Seksyen 1 serta Setiausaha Surau Ar Raihan turut hadir 

Mesyuarat selanjutnya dicadangkan pada 1hb Oktober 2012 dan ditangguhkan pada jam 11 malam dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr

Pertandingan Bowling Antara AJK RT Daerah Hulu Langat 2012

PPDIN Daerah Hulu Langat dengan kerjasama RT Taman Sri Jelok menganjurkan pertandingan bowling antara ajk krt daerah Hulu Langat bagi tahun 2012. Pertandingan ini telah diaturkan seperti berikut :


Tarikh     :  11 November 2012 (Ahad)
Masa       :  10.00 pagi
Tempat   :  Ampang Superbowl Kajang, Kompleks Metro Point, Kajang


Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk :

a. Menjalin hubungan yang rapat antara semua Rukun Tetangga dalam Daerah Hulu Langat;

b. Mengenali dengan lebih dekat antara sesama AJK bagi memudahkan urusan perhubungan di masa akan datang;

c. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara AJK-AJK semua cawangan dalam menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti bersama;

d. Mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh antara semua kaum demi menjayakan DAN MEREALISASIKAN misi dan matlamat 1 MALAYSIA;

e. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan dan peranan Rukun Tetangga dalam pembangunan sosial negara.

Di Di dalam pertandingan ini, KRTBTK telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain termasuk 2 orang lelaki dan 2 orang wanita. Pemain-pemain tersebut merupakan AJK di bawah KRTBTK yang telah berdaftar dengan PPDNIN. 

Daripada Kiri : En Mohd Baharuddin, Pn. Massapura, Pn Norfarahin & En Mohd Shukri


Tentatif Program :

9.30 am   -   Pendaftaran pasukan dan pemain-pemain

10.00 am  -  Ketibaan tetamu jemputan

10.30 am  -  Ucapan perasmian

11.00 am  -  Roll-off oleh perasmi
                  Pertandingan bermula

               -  Penyampaian Hadiah

                  
Keputusan Rasmi Pertandingan Bowling Daerah Hulu Langat

Gambar kenang-kenangan bersama krt-krt daerah hulu langat

Saguhati yang diberikan kepada semua pasukan krt

Alhamdulillah, program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan warga RT secara amnya dan mewujudkan kesedaran masyarakat tentang peranan RT dalam pembangunan sosial dan perpaduan negara. semoga program-program seperti ini dapat diadakan lagi bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan berkualiti.