Selamat Datang ke blog KRT BTK.Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Saturday, 14 September 2013

Mesyuarat AJK KRTBTK 9 Sept 2013

Syukur alhamdulillah. Dengan izinNYA, mesyuarat AJK KRTBTK dapat diadakan di Surau Ar Raihan Bandar Teknologi Kajang, pada 9 Sept 2013 jam 9 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Sahir Naim.


Beberapa agenda telah disentuh untuk membincangkan program-program yang akan datang sehingga akhir tahun 2013. Antara agenda yang disentuh adalah post mortem Sambutan Majlis Hari Raya 2013, program gotong-royong perdana BTK, program bersama KRT-KRT yang lain, dan sebagainya.

Seramai 9 orang AJK menyumbangkan idea dan pandangan bagi memberikan buah fikiran untuk menjayakan program-program yang diusulkan. 

Wednesday, 21 August 2013

Al-Fatihah


Dukacita dimaklumkan, Mohd Danish 7, anakanda Dr Nazri, Pengerusi Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang, telah kembali ke penciptaNya sebentar tadi jam 4:45am di hospital Putrajaya.. Al-Fatihah. Jenazahnya akan diuruskan oleh pihak masjid Kajang dan dijangkakan Solat jenazah jam 10 pagi ini. Harap maklum.


Sunday, 24 March 2013

Bengkel Pemantapan Solat

Bengkel Pemantapan Solat akan diadakan pada 31 Mac 2013 (Ahad) di Surau Ar-Raihan. Bengkel ini adalah Anjuran bersama Surau Ar-Raihan BTK dan KRT BTK. Prof Madya Dr. Hasnan Kasan dari UKM akan membimbing peserta bermula dari kuliah subuh hingga solat zohor. Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5.00 sahaja untuk menampung kos makan. Kepada yang berminat sila daftar segera kepada Bendahari Surau ar-Raihan sdr Hafzan.

Tuesday, 15 January 2013

Mesyuarat AJK KRTBTK Kali Pertama Tahun 2013


Alhamdulillah, pada 14 Jan 2013, di pejabat urusan Thibbuljawi Health Centre yang beralamat di No.68a Jalan 1/2 Seksyen 1 Bandar Teknologi Kajang, telah diadakan mesyuarat ahlijawatankuasa KRTBTK bagi membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2013.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Sahir merangkap pengerusi rukun tetangga Bandar Teknologi Kajang. Sebilangan ahli jawatankuasa yang hadir turut menyumbang idea dan pandangan yang bernas bagi memberikan buah fikiran untuk aktiviti sepanjang tahun 2013.



Untuk bulan Januari sahaja, iaitu pada 27hb ini, terdapat program MEGA iaitu perarakan maulidur rasul yang akan diadakan di bandar teknologi kajang sendiri selaku tuan rumah. Aktiviti-aktiviti bagi bulan-bulan yang akan datang juga turut disusun.

Sebilangan AJK yang hadir semasa mesyuarat kali pertama ini

Wakil daripada seksyen 1 dan seksyen 3


Mesyuarat berakhir pada jam 11malam.