Selamat Datang ke blog KRT BTK.Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Tuesday, 15 January 2013

Mesyuarat AJK KRTBTK Kali Pertama Tahun 2013


Alhamdulillah, pada 14 Jan 2013, di pejabat urusan Thibbuljawi Health Centre yang beralamat di No.68a Jalan 1/2 Seksyen 1 Bandar Teknologi Kajang, telah diadakan mesyuarat ahlijawatankuasa KRTBTK bagi membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2013.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Sahir merangkap pengerusi rukun tetangga Bandar Teknologi Kajang. Sebilangan ahli jawatankuasa yang hadir turut menyumbang idea dan pandangan yang bernas bagi memberikan buah fikiran untuk aktiviti sepanjang tahun 2013.



Untuk bulan Januari sahaja, iaitu pada 27hb ini, terdapat program MEGA iaitu perarakan maulidur rasul yang akan diadakan di bandar teknologi kajang sendiri selaku tuan rumah. Aktiviti-aktiviti bagi bulan-bulan yang akan datang juga turut disusun.

Sebilangan AJK yang hadir semasa mesyuarat kali pertama ini

Wakil daripada seksyen 1 dan seksyen 3


Mesyuarat berakhir pada jam 11malam.