Selamat Datang ke blog KRT BTK.Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Saturday, 14 September 2013

Mesyuarat AJK KRTBTK 9 Sept 2013

Syukur alhamdulillah. Dengan izinNYA, mesyuarat AJK KRTBTK dapat diadakan di Surau Ar Raihan Bandar Teknologi Kajang, pada 9 Sept 2013 jam 9 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Sahir Naim.


Beberapa agenda telah disentuh untuk membincangkan program-program yang akan datang sehingga akhir tahun 2013. Antara agenda yang disentuh adalah post mortem Sambutan Majlis Hari Raya 2013, program gotong-royong perdana BTK, program bersama KRT-KRT yang lain, dan sebagainya.

Seramai 9 orang AJK menyumbangkan idea dan pandangan bagi memberikan buah fikiran untuk menjayakan program-program yang diusulkan.