Pada 10hb September 2012, di Surau Ar Raihan Seksyen 3 Bandar Teknologi Kajang, KRTBTK telah mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa bagi mengesahkan minit mesyuarat lepas, membentangkan laporan kewangan, membincangkan hal-hal berbangkit, dan hal-hal lain.
Di dalam mesyuarat ini, pengerusi telah mencadangkan untuk mengadakan program 'Hari Keluarga Bandar Teknologi Kajang' untuk program seterusnya pada tahun 2012 ini. Pelbagai cadangan, buah fikiran, dan lontaran yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi menjayakan program ini.
Hasil keputusan mesyuarat, mesyuarat bersetuju program 'Hari Keluarga BTK' diadakan seperti berikut :
Hasil keputusan mesyuarat, mesyuarat bersetuju program 'Hari Keluarga BTK' diadakan seperti berikut :
Tarikh : 21hb Oktober 2012 (Ahad)
Masa : 7.30pagi-12.30tgh
Tempat : Padang Permainan Seksyen 3
Bandar Teknologi Kajang
Tujuan
program diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum di Bandar
Teknologi Kajang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Sahir Naim selaku pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga Bandar Teknologi Kajang

Kawasan Rukun Tetangga Bandar Teknologi Kajang

Mesyuarat dihadiri seramai 12 orang ahli jawatankuasa
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 malam dengan diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-asr
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 malam dengan diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-asr
No comments:
Post a Comment