KRT Bandar Teknologi Kajang dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasiona (JPNIN) Daerah Hulu Langat mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 13 Nov 2012, Selasa di Surau Ar-Raihan, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang mulai jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari peringkat Zon Semenyih. Semua KRT telah dihubungi melalui pesanan ringkas (sms) dan maklumat terkini bengkel kali ini hanya untuk peserta lelaki sahaja.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan
pengalaman AJK KRT beragama Islam tentang pengurusan jenazah bagi membantu
masyarakat setempat sekiranya berlaku kematian dan bagaimana pengurusan jenazah
dapat dilakukan.
Tema Bengkel ini ialah
“ILMU DAN AMAL BEKALAN DUNIA DAN
AKHIRAT”
Bengkel Pengurusan Jenazah Lelaki Oleh Tn. Hj. Md Jais
Peserta Ditunjukkan Cara Pengkafanan Jenazah
Contoh Cara Solat Jenazah
Adalah diharapkan bengkel ini dapat memberikan ilmu yang sangat berguna
sebagai bekalan untuk memberi khidmat kepada keluarga, jiran dan masyarakat
setempat kepada semua peserta. Kerjasama dan pertemuan sesama AJK KRT dapat mengeratkan lagi tali
silaturrahim untuk aktiviti-aktiviti bersama untuk masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment