Selamat Datang ke blog KRT BTK.Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Sunday, 16 December 2012

Laporan Mesyuarat Kali Ke-2 Hari Keluarga BTK 2012

Pada 24hb September 2012 bertempat di Surau Ar Raihan BTK, KRTBTK telah mengadakan mesyuarat kali kedua bagi membentangkan cadangan dan pandangan berkenaan program Hari Keluarga yang telah dipersetujui oleh semua AJK KRTBTK. Antara yang dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut adalah pembukaan kaunter pendaftaran bagi mengemaskini rekod anak-anak yatim, ibu berdikari dan warga emas. Sasaran program Hari Keluarga yang diadakan pada 21hb Oktober ini adalah untuk masyarakat penduduk berbilang bangsa dan agama BTK. Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan program tersebut. 

 Pengerusi KRTBTK Tn Hj Mohd Sahir mempengerusikan mesyuarat KRTBTK kali ke 14


Acara untuk kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak turut diperincikan supaya penglibatan pelbagai peringkat umur dapat dilakukan. Antara sukaneka yang dicadangkan termasuklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan mencari harta karun untuk acara keluarga, pertandingan tarik tali untuk kategori lelaki dan pertandingan menganyam ketupat dan hiasan bunga untuk wanita. 


Antara AJK yang hadir  

Kos penyelenggaraan program dibincangkan dan surat-surat kepada pihak-pihak tertentu disediakan bagi melancarkan perlaksanaan program yang bakal menjelang.


Pengerusi & AJK Surau Al-Hidayah Seksyen 1 serta Setiausaha Surau Ar Raihan turut hadir 

Mesyuarat selanjutnya dicadangkan pada 1hb Oktober 2012 dan ditangguhkan pada jam 11 malam dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr

Pertandingan Bowling Antara AJK RT Daerah Hulu Langat 2012

PPDIN Daerah Hulu Langat dengan kerjasama RT Taman Sri Jelok menganjurkan pertandingan bowling antara ajk krt daerah Hulu Langat bagi tahun 2012. Pertandingan ini telah diaturkan seperti berikut :


Tarikh     :  11 November 2012 (Ahad)
Masa       :  10.00 pagi
Tempat   :  Ampang Superbowl Kajang, Kompleks Metro Point, Kajang


Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk :

a. Menjalin hubungan yang rapat antara semua Rukun Tetangga dalam Daerah Hulu Langat;

b. Mengenali dengan lebih dekat antara sesama AJK bagi memudahkan urusan perhubungan di masa akan datang;

c. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara AJK-AJK semua cawangan dalam menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti bersama;

d. Mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh antara semua kaum demi menjayakan DAN MEREALISASIKAN misi dan matlamat 1 MALAYSIA;

e. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan dan peranan Rukun Tetangga dalam pembangunan sosial negara.

Di Di dalam pertandingan ini, KRTBTK telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain termasuk 2 orang lelaki dan 2 orang wanita. Pemain-pemain tersebut merupakan AJK di bawah KRTBTK yang telah berdaftar dengan PPDNIN. 

Daripada Kiri : En Mohd Baharuddin, Pn. Massapura, Pn Norfarahin & En Mohd Shukri


Tentatif Program :

9.30 am   -   Pendaftaran pasukan dan pemain-pemain

10.00 am  -  Ketibaan tetamu jemputan

10.30 am  -  Ucapan perasmian

11.00 am  -  Roll-off oleh perasmi
                  Pertandingan bermula

               -  Penyampaian Hadiah

                  
Keputusan Rasmi Pertandingan Bowling Daerah Hulu Langat

Gambar kenang-kenangan bersama krt-krt daerah hulu langat

Saguhati yang diberikan kepada semua pasukan krt

Alhamdulillah, program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan warga RT secara amnya dan mewujudkan kesedaran masyarakat tentang peranan RT dalam pembangunan sosial dan perpaduan negara. semoga program-program seperti ini dapat diadakan lagi bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan berkualiti.


Wednesday, 14 November 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah


KRT Bandar Teknologi Kajang dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasiona (JPNIN) Daerah Hulu Langat mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 13 Nov 2012, Selasa di Surau Ar-Raihan, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang mulai jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari peringkat Zon Semenyih.  Semua KRT telah dihubungi melalui pesanan ringkas (sms) dan maklumat terkini bengkel kali ini hanya untuk peserta lelaki sahaja.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman AJK KRT beragama Islam tentang pengurusan jenazah bagi membantu masyarakat setempat sekiranya berlaku kematian dan bagaimana pengurusan jenazah dapat dilakukan.


Tema Bengkel ini ialah 
“ILMU DAN AMAL BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT”

 
Bengkel Pengurusan Jenazah Lelaki Oleh Tn. Hj. Md Jais 


Contoh Cara Memandikan Jenazah

Peserta Ditunjukkan Cara Pengkafanan Jenazah


Contoh Cara Solat Jenazah

Adalah diharapkan bengkel ini dapat memberikan ilmu yang sangat berguna sebagai bekalan untuk memberi khidmat kepada keluarga, jiran dan masyarakat setempat kepada semua peserta. Kerjasama dan pertemuan sesama AJK KRT dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim untuk aktiviti-aktiviti bersama untuk masa-masa akan datang.


Thursday, 25 October 2012

Kerjasama Dengan Surau-Surau BTK diteruskan

Bandar Teknologi Kajang 25 Oktober, KRT BTK akan terus menjalin hubungan dengan Surau-surau di BTK (Bandar Teknologi Kajang).  Demikian jaminan Pengerusi KRT, BTK Hj. Mohd Sahir Naim, beliau menyatakan demikian, Hari Keluarga yang baru berlangsung pada 21 Oktober (Ahad) lalu adalah dengan kerjasama Surau-surau Ar-Raihan (sek 3), Surau Al-Hidayah (sek 1)  dan surau At-Taqwa (sek 5). Hj. Sahir menegaskan adalah menjadi tanggung jawab muslim hidup di BTK perlu menunjukkan akhlak yang baik misalnya perlu menunaikan hak jiran bukan semestinya jiran sebelah beragama Islam tetapi perlu menunjukkan akhlak menghormati jiran.

Dalam Majlis Hari Raya Idulfitri, KRT berkerjasama dengan surau-surau.  Majlis Hari Raya diadakan pada 8 September (Sabtu) di kawasan perkarangan Surau Al-Hidayah. Antara tetamu yang hadir, Ketua Balai Polis, Sgt. Din dan anggotanya, Pegawai JPNIN dan Pegawai Khas ahli Majlis.




Turut Hadir Polis BTK, Pengerusi KRT, Pengerusi Surau Al Hidayah, Pengerusi Surau Ar Raihan, Wakil Jabatan Perpaduan Daerah 

Penduduk menikmati juadah makanan yang disediakan


Tuesday, 25 September 2012

Mesyuarat Kali Pertama Pogram Hari Keluarga Bandar Teknologi Kajang


Pada 10hb September 2012, di Surau Ar Raihan Seksyen 3 Bandar Teknologi Kajang, KRTBTK telah mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa bagi mengesahkan minit mesyuarat lepas, membentangkan laporan kewangan, membincangkan hal-hal berbangkit, dan hal-hal lain. 

Di dalam mesyuarat ini, pengerusi telah mencadangkan untuk mengadakan program 'Hari Keluarga Bandar Teknologi Kajang' untuk program seterusnya pada tahun 2012 ini. Pelbagai cadangan, buah fikiran, dan lontaran  yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi menjayakan program ini.

Hasil keputusan mesyuarat, mesyuarat bersetuju program 'Hari Keluarga BTK' diadakan seperti berikut :


Tarikh         :        21hb Oktober 2012 (Ahad)
Masa           :        7.30pagi-12.30tgh
Tempat       :        Padang Permainan Seksyen 3
                                                Bandar Teknologi Kajang

Tujuan program diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum di Bandar Teknologi Kajang.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Sahir Naim selaku pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga Bandar Teknologi Kajang

Mesyuarat dihadiri seramai 12 orang ahli jawatankuasa

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 malam dengan diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-asr

Gotong Royong Perdana Kali Ke-3 Bandar Teknologi Kajang


“Gotong Royong Perdana Kali-3” diadakan setiap tahun bermula kali pertama pada tahun 2010 dan kedua pada tahun 2011.  Program ini dianjurkan atas kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Bomba, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM, Alam Flora, Syabas dan Sekolah Teknik Kajang.

Tujuan program adalah untuk :

  • Menjadikan amalan gotong-royong perdana  sebagai aktiviti tahunan lanjutan dari aktiviti setempat.
  • Mengumpulkan semua masyarat Bandar Teknologi Kajang dalam suasana kekeluargaan kenal mengenal antara satu sama lain.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga  kebersihan persekitaran kawasan perumahan  agar terhindar dari wabak denggi.
  • Memupuk semangat permaufakatan, tolong menolong  di antara semua peringkat masyarakat  tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Menjalin kerjasama mengukuhkan semangat kejiranan
Pengisian Program :
  • Sukan Riadah – Senam Robik
  • Pertandingan mewarna atas tema “kebersihan” di kalangan kanak-kanak pra-sekolah
  • Gotong-Royong
  • Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan oleh Persatuan Pelajar Bioperubatan UKM
  • Pameran/Kempen Hapuskan Denggi dari  Jabatan Kesihatan Daerah
  • Cabutan Nombor Bertuah
Tarikh Dan Tempat :

Tarikh       :           13 Mei 2012 (AHAD)
Masa        :           7.30 pagi
Tempat     :           Padang Permainan, Seksyen 3,
                            Bandar Teknologi Kajang.

Perasmi    :            Y.Bhg. Dato’ Azman Amin Hassan,
                            Ketua Pengarah,
                            Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi  
                            Nasional


Jawatankuasa Induk



Penasihat                    :            Encik Ahmad Radzi bin Ariff
                                                  Pegawai Perpaduan Daerah Hulu
                                                  Langat

Pengerusi                    :            Tuan Hj. Mohd Sahir Naim
                                                  Pengerusi KRT Bandar Teknologi
                                                  Kajang.

Tim. Pengerusi            :             Encik Mohd Fairuz Mohd Arif

Setiausaha                   :            Encik Mohd Shukri Shaari

Bendahari                   :             Encik Amir Spian

Ahli J/kuasa                :             Andy Anak Willam Nai
               Nam Shee Kim
               Shamugam a/l Sengodu
               Mohamad Nor Ahmad
               Mohd Baharuddin Karim
               Jamilah Jamaiyah Din
               Derma Tusiah Daud
                                               Sharifah Anisah Syed Abd. Rahman
                                               Aizarena Syifa Mohd Sahir
                                               Nor Farahin Rezali
                                               Massapura Abd. Manaf
                                               Maimon Shariff
                                               Sari Noraini Supardi
                                               Siti Hasnah Ramli
                                               Adzmy Mohd Yusof
                                               Ismail Ahmad
                                               Monaliza Mazlan
                                               Mariam Bee Naina Mohamad
                                               Mohammad Khairuddin Sasi 
                                                       Mazlan Abd Latib



Majlis Gotong-Royong dimulakan dengan acara senam robik. Jemputan kehormat adalah terdiri daripada wakil YB Datuk Johan iaitu En Jamali, Wakil Pegawai Perpaduan, Ahli Majlis, Pengerusi Surau BTK dan Wakil Jabatan Kesihatan 


Pemberian Cenderahati kepada jemputan VIP

 Antara pengisian program yang dijalankan


Pelbagai program disajikan bagi memeriahkan majlis









Monday, 10 September 2012

Masyarakat Sihat KRTBTK

Lagi gambar-gambar semasa program Masyarakat Sihat yang berlangsung pada 
19 Februari 2012









Saturday, 23 June 2012

Sambutan Maulidur Rasul 25 Februari 2012



USTAZ FAKHRURAZI DARI UKM MEMBERIKAN CERAMAH




PESERTA JIRAN WANITA ANTARA YANG HADIR 




PESERTA JIRAN WANITA KHUSYUK MENDENGAR CERAMAH




AJK KRT DARI SEKSYEN 1 DAN 5 TURUT HADIR




MAJLIS DITAMATKAN DENGAN DOA






Friday, 22 June 2012

Program Masyarakat Sihat KRTBTK 19 Feb 2012


KRT Bandar Teknologi Kajang merupakan Badan NGO yang terus memberi sumbangan untuk penduduk Bandar Teknologi Kajang keseluruhannya.  Bagi mewujudkan suasana kekeluargaan dan merapatkan hubungan antara sesama jiran dari pelbagai kaum maka beberapa program diadakan bagi mencapai  hasrat ini. 

TUJUAN PROGRAM
  • Mengumpulkan semua masyarat Bandar Teknologi Kajang dalam suasana kekeluargaan kenal mengenal antara satu sama lain.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan diri , keluarga dan masyarakat.
  • Memupuk semangat permaufakatan di antara semua peringkat  tanpa mengiri bangsa dan   agama.
  • Menjalin kerjasama mengukuhkan semangat kejiranan.
  • Menghidupkan suasana bersih dan selesa tinggal di Bandar Teknologi Kajan

PENGISIAN PROGRAM MASYARAKAT SIHAT
  • Sukan Riadah – Senam Robik
  • Pertandingan Sukan 
          i.  Peringkat Remaja Lelaki dan Perempuan  (umur 15-19 tahun)
          ii.  Peringkat Dewasa/Pasangan
          iii.   Wanita

  • Persembahan remaja Silat/Kompang
  • Pameran Agensi Dadah Kebangsaan
  • Pameran/Kempen Jabatan Kesihatan Daerah
  • Ceramah Cegah Dadah 

YB DATUK JOHAN MERASMIKAN MAJLIS MASYARAKAT SIHAT


TURUT HADIR CIK KALSOM JPNIN, DAN EN ROSYDAN AADK



SEBAHAGIAN PAMERAN DARIPADA  AADK




PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI PENDUDUK BTK


ALUNAN FIRDAUSI ENTERTAIMENT MENYERIKAN MAJLIS


PENGERUSI KRT (HJ SAHIR) SEDANG BERUCAP


YB DATUK JOHAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA YANG BERTUAH




AJK WANITA TURUT MEMBERI SUMBANGAN




AJK BERGAMBAR BERSAMA YB DATUK JOHAN SELEPAS PROGRAM